Dewan Rakyat disaran mengesyorkan pembentangan satu kertas putih berhubung tuntutan waris Sultan Sulu ke atas Sabah, susulan penolakan usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis.<br /><br />Pakar Perlembagaan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Profesor Madya Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berpandangan, kertas putih itu sesuai agar ia tidak memprejudiskan kes pembelaan di mahkamah.<br /><br />Dalam konteks sekarang, jelas beliau tuntutan waris Sultan Sulu terhadap kerajaan Malaysia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih besar.
